Kepulauan Solomon digegarkan gempa 7.0 Richter, amaran tsunami dikeluarkan - Utusan Malaysia

Kepulauan Solomon digegarkan gempa 7.0 Richter, amaran tsunami dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONIARA: Satu amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat berukuran 7.0 skala Richter melanda Kepulauan Solomon.

Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tersebut selepas gempa bumi menggegarkan Malango di Kepulauan Solomon pada pukul 1.3 petang waktu tempatan.

Tidak lama kemudian, gempa bumi kedua yang berukuran 6.0 Richter melanda kawasan sama dan diikuti lima gempa susulan dalam tempih 90 minit.

Pusat gempa 7.0 Richter itu direkodkan kira-kira 56 kilometer ke barat daya Honiara.

Dalam pada itu, Australia memaklumkan negara itu tidak mengeluarkan amaran tsunami, namun masih mengambil langkah berjaga-jaga.

Pihak berkuasa Kepulauan Solomon juga menjangkakan tiada tsunami akan berlaku, namun tidak menolak paras air laut sedikit meningkat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai sehingga keadaan kembali stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya