Kanak-kanak 5 tahun dibelit, diheret ular sawa ke dalam kolam renang - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 5 tahun dibelit, diheret ular sawa ke dalam kolam renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terselamat daripada ditelan ular sawa selepas diheret ke dalam kolam renang, dalam satu kejadian di Byron Bay, New South Wales.

Ketika kejadian, Beau Blake sedang bermain di tepi kolam renang di rumah datuknya apabila ular sawa sepanjang tiga meter itu tiba-tiba menyerangnya dan melilitnya.

Ular berkenaan melilit badan kanak-kanak itu dan mengheretnya ke dalam kolam sebelum insiden tersebut disedari oleh bapa dan datuknya.

“Beau terselamat dengan hanya mengalami kecederangan ringan dan kami yakinkan dia bahawa semuany sudah selamat.

“Bapa saya terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan Beau yang ketika itu masih dililit ular sawa.

“Selepas itu, saya cuba meleraikan lilitan tersebut selama 10 minit sebelum ular sawa itu akhirnya melepaskan anak saya,” kata bapa Beau, Ben kepada stesen radio tempatan.

Baginya, situasi terjumpa haiwan liar di Australia merupakan perkara biasa, namun perlu mengambil alngkah berhati-hati bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.