Kanak-kanak 11 tahun lebih bijak daripada Albert Einstein - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 11 tahun lebih bijak daripada Albert Einstein

YUSUF Shah (tengah) bergambar bersama ibu, bapa dan adik-beradiknya di rumah mereka di Leeds, United Kingdom. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEEDS: Seorang murid sekolah rendah merekodkan skor tertinggi dalam ujian tahap kecerdasan (IQ) Mensa, malah keputusannya mengalahkan tahap IQ Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Yusuf Shah yang berusia 11 tahun memperoleh skor sebanyak 162, iaitu yang tertinggi boleh dicapai bagi kategori umur bawah 18 tahun.

Hawking sebelum ini memperoleh keputusan 160, manakala Einstein yang didakwa tidak menduduki ujian itu secara rasmi, dikatakan mendapat keputusan yang sama.

Yusuf membuat keputusan untuk menduduki ujian tersebut selepas rakan-rakan di sekolahnya menyatakan dia sangat bijak dan mereka ingin tahu berapa tahap IQ kanak-kanak tersebut.

“Semua orang di sekolah beritahu saya sangat bijak dan disebabkan itu, saya mempunyai perasaan ingin tahu untuk melihat adakah saya berada dalam kedudukan dua peratus teratas dari keseluruhan individu yang mengambil ujian tersebut.

“Sudah tentu saya berbangga untuk mempunyai sijil yang dikhaskan untuk saya seorang sahaja,” katanya.

Kanak-kanak itu juga memaklumkan dia berharap dapat melanjutkann pengajian dalam bidang matematik di Universiti Cambridge atau Oxford, selain mengakui suka melakukan aktiviti yang boleh merangsang otaknya.

Apabila tidak mengulang kaji pelajaran, Yusuf gemar membuat sudoku dan bermain kiub Rubik.

Kanak-kanak itu memberitahu, dia mula berminat bermain kiub Rubik selepas melihat alat itu di rumah rakannya.

Dalam pada itu, ibunya yang hanya dikenali sebagai Sana menyatakan Yusuf menjadi ahli keluarga pertama yang mengambil ujian IQ tersebut.

“Walaupun dia bijak, tapi kami masih menasihatinya supaya tidak semua perkara datang dengan mudah dan perlukan usaha untuk mencapai sesuatu yang kita ingini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya