Jualan bir diharamkan di sekitar stadium Piala Dunia Qatar - Utusan Malaysia

Jualan bir diharamkan di sekitar stadium Piala Dunia Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa tiada penjualan bir beralkohol kepada peminat di sekitar lapan stadium kejohanan Piala Dunia berikutan perbincangan terbaharu dengan tuan rumah Qatar.

Pengumuman itu dibuat dua hari sebelum sepak mula Piala Dunia Ahad ini yang pertama kali diadakan di negara Islam dengan kawalan ketat terhadap alkohol yang dilarang penggunaannya di khalayak ramai.

Menurut kenyataan FIFA, keputusan dibuat untuk mengeluarkan lokasi jualan bir dari perimeter stadium Piala Dunia FIFA 2022 Qatar.

Alkohol masih akan dijual di Festival Peminat FIFA, destinasi peminat lain dan tempat berlesen.

Ia akan tersedia dalam suite VIP di stadium dan di beberapa bar hotel dan restoran.

Bir Bud Zero tanpa alkohol akan kekal tersedia di semua stadium.

“Pihak berkuasa negara tuan rumah dan FIFA akan terus memastikan stadium dan kawasan sekitar menyediakan pengalaman yang menyeronokkan, hormat dan menyenangkan untuk semua peminat,” kata FIFA.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.