Jokowi mahu berehat di kampung selepas bersara daripada dunia politik - Utusan Malaysia

Jokowi mahu berehat di kampung selepas bersara daripada dunia politik

JOKO Widodo sentiasa mengambil berat pandangan dan nasihat Megawati dalam urusan pentadbiran Indonesia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau mesra dikenali Jokowi menzahirkan hasrat untuk pulang ke kampung dan berehat selepas bersara daripada arena politik negara.

Beliau membuat kenyataan itu ketika temu bual eksklusif bersama  Jakarta Post, sekali gus melenyapkan desas-desus beliau mungkin memanfaatkan sokongan tegar penyokongnya dalam Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) untuk mengekalkan kuasa sebagai ketua umum parti.

Namun, ternyata Solo, nama lama kampung halamannya di Surakarta di Jawa Tengah, kuat terpahat di hatinya ketika berbicara mengenai persaraan selepas menerajui Indonesia hampir dua penggal.

Di situlah bermulanya perjalanan politik bekas peniaga perabot itu dengan menyertai arena politik serantau, sebelum melonjak ke jawatan tertinggi republik itu, hingga penyokongnya merayu kepadanya menjadi presiden lebih daripada dua penggal.

Spekulasi itu bertiup kencang berhubung pucuk pimpinan PDI-P, ketika parti itu bergelut mengenai siapa akan mewarisinya, memandangkan ketua umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri, bakal berundur tidak lama lagi.

Namun, apabila ditanya sama ada beliau boleh dipujuk untuk mengambil alih tampuk pemerintahan parti seperti yang diminta oleh kumpulan penyokong sukarela, Jokowi menolak cadangan itu.

“Saya akan kembali ke Solo (kampung halaman) sebaik bersara. Benar, saya tidak bergurau,” katanya ketika ditemui Jakarta Post di Istana Presiden di Jakarta.

Jokowi mengorak langkah sebagai pendatang baru dalam politik Indonesia dengan mengambil alih tadbir urus wilayah baharu, bekas Datuk Bandar Surakarta dan kemudian menjadi Gabenor Jakarta, sekali gus membantu PDI-P keluar daripada belenggu 10 tahun sebagai pembangkang, untuk memenangi pilihan raya 2014.

Maharani, anak perempuan Megawati dan pewaris yang ketika itu ketua pasukan kempen pemilihan parti, berkata keputusan untuk mencalonkan Jokowi sebagai calon presiden pilihan PDI-P lebih kepada menjamin kesinambungan ideologi Sukarno dan ia tidak semestinya darah dagingnya.

Jika dihitung sekarang, pemimpin Jawa itu mempunyai baki dua tahun daripada tempoh perkhidmatan selama sedekad yang dilihat agak berjaya.

Justeru, penyokongnya amat berharap Jokowi akan terus berkhidmat dalam kapasiti lain, mahu pun dalam parti atau dengan kerajaan Indonesia, selepas menamatkan tempoh penggal rasmi Presiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN