Jepun dilanda gempa bumi 6.1 Richter, tiada amaran tsunami dikeluarkan - Utusan Malaysia

Jepun dilanda gempa bumi 6.1 Richter, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Satu gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter dikesan di luar perairan tengah Jepun hari ini, menyebabkan Tokyo dan beberapa bandar lain merasai gegaran kuat.

Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Gempa itu berlaku pukul 5.09 petang waktu tempatan di wilayah Mie dengan kedalaman 350 kilometer.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan mahupun kerosakan infrastruktur direkodkan di loji nuklear Fukushima.

Daerah Fukushima dan Ibaraki di utara Tokyo merasai gegaran kuat akibat gempa tersebut.

Perkhidmatan tren laju Shinkansen turut dihentikan buat sementara waktu susulan gempa tersebut sebelum operasi disambung semula tidak lama kemudian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya