Jenayah kebencian terhadap LGBT semakin meningkat di AS - Utusan Malaysia

Jenayah kebencian terhadap LGBT semakin meningkat di AS

PEGAWAI penguatkuasa undang-undang berada di tempat letak kereta Club Q di Colorado Springs susulan insiden tembakan di kelab malam tersebut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENVER: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 25 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kelab malam untuk golongan gay di Colorado Springs, Colorado di Amerika Syarikat (AS).

Susulan insiden tembakan itu, menurut polis, seorang suspek ditahan dan kini menerima rawatan kerana turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Lapor BBC, suspek dalam tahanan itu dikenal pasti sebagai Anderson Lee Aldrich yang berusia 22 tahun.

Polis berkata, suspek ditahan oleh dua pengunjung kelab malam berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Polis meminta orang ramai bersabar ketika siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti dan memuktamadkan jumlah mangsa termasuk beberapa individu yang ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Club Q menerusi catatannya di Facebook menzahirkan perasaan amat sedih dengan serangan yang tidak masuk akal terhadap penduduk di kawasan itu.

Terdahulu, polis memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penyerang itu sejurus sebelum tengah malam Sabtu lalu.

“Pasukan kami mendapati suspek berada di dalam kelab malam itu. Dua senjata api ditemukan di tempat kejadian dan penyerang disyaki menggunakan senapang,” jelas laporan pihak berkuasa.

Menurut polis, motif kejadian masih dalam siasatan dan kemungkinan pihaknya akan mempertimbangkan sama ada insiden itu merupakan jenayah kebencian serta jika lebih seorang suspek terlibat.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhampiran Denver pula memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan polis tempatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden menegaskan rakyat negara ini tidak seharusnya bertolak ansur dengan sebarang tindakan mahupun unsur berbaur kebencian.

Pada 2016, seramai 49 orang terbunuh dan lebih 50 cedera dalam insiden tembakan di kelab malam untuk golongan gay di Orlando, Florida.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya