Indonesia gantung lesen dua syarikat pengeluar ubat sirap - Utusan Malaysia

Indonesia gantung lesen dua syarikat pengeluar ubat sirap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Agensi makanan dan ubat Indonesia (BPOM) menggantung lesen dua lagi syarikat ubat tempatan yang mengeluarkan ubat jenis sirap berikutan kematian hampir 200 kanak-kanak akibat kerosakan buah pinggang akut yang melanda negara ini.

Indonesia melarang sementara penjualan beberapa ubat jenis sirap sejak Oktober lalu selepas mengenal pasti kehadiran etilena glikol dan dietilena glikol dalam beberapa produk yang dikesan menjadi punca penyakit itu.

Kedua-dua bahan itu digunakan dalam cecair anti beku dan brek serta aplikasi industri selain sebagai alternatif lebih murah dalam beberapa produk farmaseutikal, menggantikan gliserin, pelarut atau agen pemekat dalam banyak sirap ubat batuk.

Ketua agensi makanan dan ubat-ubatan BPOM, Penny K Lukito berkata, syarikat PT Samco Farma dan PT Ciubros Farma menggunakan etilena glikol dan dietilena glikol pada tahap yang tinggi dalam produk mereka.

Syarikat-syarikat itu juga sudah diarahkan untuk menarik balik produk dan memusnahkan baki ubat selepas lesen pengeluaran mereka dibatalkan buat sementara waktu.

Awal minggu ini, BPOM menggantung lesen pengedaran tiga syarikat lain kerana membuat produk yang dikatakan mengandungi tahap tinggi etilena glikol dan dietilena glikol.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN