Indonesia dilanda lebih 3,000 bencana sehingga November 2022 - Utusan Malaysia

Indonesia dilanda lebih 3,000 bencana sehingga November 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) memaklumkan negara ini dilanda kira-kira 3,207 bencana alam sehingga November 2022.

Ketua BNPB, Suharyanto berkata, 95 peratus daripada jumlah itu adalah bencana hidrometeorologi seperti banjir dan tanah runtuh.

“Kami boleh sahkan sekitar 3,207 bencana melanda Indonesia sehingga November 2022.

“Sebahagian besar atau 94 hingga 95 peratus daripadanya adalah bencana hidrometeorologi,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Menurut beliau, banjir ketika ini melanda hampir kebanyakan tempat di Indonesia termasuk hampir seluruh kawasan pulau Sumatera, kecuali di kawasan di Indonesia Timur di mana tidak kerap berlaku banjir.

“Di Aceh secara purata, semua daerah sudah dilanda banjir. Seluruh wilayah Jawa, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah turut mengalami nasib sama,” katanya.

Tambah Suharyanto, beliau berharap semua pihak terbabit mula peka dengan kesan cuaca melampau yang berpotensi menyebabkan bencana hidrometeorologi.

Jabatan Meteorologi (BMKG) sebelum ini meramalkan bahawa cuaca melampau akan berlaku sepanjang November 2022 hingga Februari 2023.

“Cuaca melampau ini belum sampai kemuncak lagi, yang dijangka berlaku pada Disember hingga Januari. Semoga persediaan menghadapi bencana peringkat wilayah dan pusat sudah siap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya