Ibu bapa di Aghanistan beri anak ubat penenang elak menangis kelaparan

Ibu bapa di Afghanistan beri anak ubat penenang elak menangis kelaparan

ORANG ramai beratur untuk menerima roti percuma sempena kempen Selamatkan Penduduk Afghanistan daripada Kebuluran di Kabul pada Januari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Krisis kebuluran yang semakin meruncing di Afghanistan menyebabkan segelintir ibu bapa sanggup memberikan anak-anak makan ubat penenang yang boleh mencetuskan rasa mengantuk bagi membolehkan mereka ‘melupakan seketika rasa lapar’.

“Anak-anak kami sering menangis kerana lapar dan disebabkan lapar, mereka tidak boleh tidur.

“Tapi, kami tiada makanan untuk diberikan kepada mereka, jadi kami pergi ke farmasi untuk dapatkan ubatan yang boleh buatkan mereka mengantuk dan tidur.

“Jadi, mereka akan tidur dan lupakan seketika rasa lapar,” kata seorang bapa, Abdul Wahab.

Abdul Wahab menceritakan, bukan dia sahaja yang memberikan ubatan kepada anak-anak supaya mereka tidur, malah ramai lagi ibu bapa mengambil tindakan yang sama.

Antara ubatan yang diberikan kepada golongan kanak-kanak adalah alprazolam iaitu ubat yang sering diberikan kepada individu dengan masalah kemurungan.

Seorang lagi penduduk, Ghulam Hazrat berkata, dia turut memberikan ubat tersebut kepada anak bongsunya yang berusia setahun.

Selain alprazolam, penduduk juga memberikan ubat escitalopram dan sertraline kepada anak masing-masing, dengan kesemua ubatan itu turut digunakan untuk merawat kemurungan.

Menurut pakar perubatan, pemberian ubatan tersebut terhadap kanak-kanak yang tidak cukup nutrisi boleh menyebabkan hati mereka rosak, selain menyebabkan keletihan akut dan gangguan tidur serius.

Di kebanyakan farmasi di negara ini, kesemua ubatan berkenaan boleh dibeli dengan mudah dan pada harga lebih murah berbanding makanan.

Kebanyakan keluarga terpaksa mencatu bekalan makanan atau tidak berpeluang menjamah sebarang roti sekiranya tiada duit untuk dibelanjakan.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan krisis yang berlaku di Afghanistan ketika ini seperti ‘malapetaka’.

Golongan lelaki di Afghanistan kebanyakannya bekerja sebagai buruh kasar dengan bayaran 100 Afghanis atau AS$1 (RM4.50) sehari.

Ada juga penduduk yang sanggup mengambil langkah lebih ekstrem bagi memastikan keluarga mereka tidak berlapar, termasuk menjual buah pinggang dalam pasaran gelap.

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Ammar memberitahu, dia menjual satu daripada buah pinggangnya tiga bulan lalu bagi mengisi perut keluarganya, selain membayar hutang.

“Saya tidak ada pilihan lain, saya perlukan duit untuk beli makanan, bukannya bermewah dan jual buah pinggang merupakan jalan terbaik,” ujarnya.

Ammar menerima bayaran sebanyak AS$3,100 (RM14,069) selepas menjual buah pinggangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya