Gerhana bulan penuh: Paras air laut naik, penduduk jangan khuatir - Utusan Malaysia

Gerhana bulan penuh: Paras air laut naik, penduduk jangan khuatir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGKULU: Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) Bengkulu menerangkan, fenomena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku pada malam ini akan menyebabkan paras air laut di wilayah ini naik.

Sehubungan itu, badan itu menasihatkan kepada masyarakat supaya tidak panik dan menjauhi kawasan pantai buat sementara waktu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

“Fenomena air pasang besar akan berlaku ketika gerhana bulan penuh berlangsung, namunn masyarakat tidak perlu khuatir kerana situasi itu adalah normal,” kata jurucakap BMKG Bengkulu, Marsellei Justia.

Selain itu, Marseillei memaklumkan, paras air laut di Bengkulu dijangka meningkat semasa fasa akhir gerhana bulan itu berlaku.

Beliau memberitahu, puncak gerhana bulan penuh di Bengkulu boleh dilihat di Rejang Lebong, Kepahiang, Bengkulu Selatan dan Kaur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya