Empat sekeluarga di Jakarta maut akibat kebuluran - Utusan Malaysia

Empat sekeluarga di Jakarta maut akibat kebuluran

POLIS menemukan mayat empat sekeluarga yang dipercayai meninggal dunia akibat kebuluran di rumah teres di Kalideres di Jakarta Barat -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mayat sebuah keluarga ditemukan dalam keadaan tragis di rumah mereka di Kalideres di Jakarta Barat Khamis lalu selepas dipercayai maut akibat kebuluran.

Portal CNN Indonesia melaporkan, polis menemukan empat mayat wanita dan lelaki dewasa daripada keluarga sama, berumur antara 42 tahun hingga 71 tahun di lokasi berbeza di dalam rumah berkenaan.

“Mayat bapa ditemukan di bilik tidur di bahagian belakang manakala mayat bapa saudara  pula berada di ruang tamu dalam posisi bersandar di sofa.

“Mayat ibu dan anaknya kedua-duanya berada di ruang bilik tidur di bahagian depan,” jelas Ketua Polis Jakarta Barat, Komisioner Pasma.

Penemuan empat mayat itu dibuat selepas penduduk setempat memecah masuk rumah berkenaan akibat tidak tahan dengan bau busuk yang datang dari rumah itu.

“Apabila bau semakin kuat, saya selaku ketua rukun tetangga mengambil tindakan memecah masuk ke dalam rumah dengan diiringi pegawai keselamatan tempatan dan kakitangan pengurusan wilayah.

“Saya terkejut melihat mayat di ruang tamu dan ketika menyuluh di seluruh rumah yang gelap itu saya temui tiga lagi mayat dan saya kenali salah satunya bernama Dian iaitu anak penghuni rumah,” jelas Ketua Komuniti kawasan berkenaan, Asiung.

Pasma berkata, selepas menjalankan pemeriksaan, pasukan forensik mendedahkan mereka tidak menemui sebarang kesan parut atau luka pada empat mayat berkenaan.

Polis mengesyaki kematian empat mayat itu adalah kerana sudah terlalu lama tidak makan dan minum.

“Berdasarkan pemeriksaan, tiada makanan dalam perut mayat-mayat ini jadi doktor mengesyaki mereka meninggal dunia kerana tidak makan atau minum dalam tempoh yang agak lama sehingga otot-otot turut mengecut.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati keluarga malang ini sudah meninggal dunia sejak tiga minggu lalu tetapi kematian setiap mereka berlaku pada masa yang berbeza,” jelas Pasma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya