Elon Musk beri amaran Twitter boleh muflis dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Elon Musk beri amaran Twitter boleh muflis dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pemilik baharu Twitter, Elon Musk, memberi amaran mengenai kemungkinan platform media sosial itu menjadi muflis dalam masa terdekat.

Sejak membeli Twitter sekitar dua minggu lalu pada harga AS$44 bilion (RM204 bilion), Musk mengambil langkah drastik dengan memecat separuh daripada pekerja platform media sosial itu, termasuk pegawai tertingginya.

Beliau juga membubarkan seluruh lembaga pengarah Twitter.

Malah, dua lagi eksekutif Twitter, Yoel Roth dan Robin Wheeler, yang mengawasi ruang bual sembang Twitter, sudahpun meletak jawatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Keselamatan Lea Kissner, mendedahkan bahawa beliau juga sudah meletak jawatan dan memaklumkan perkara itu menerusi ciapan Twitter semalam.

Ketua Pegawai Privasi Damien Kieran dan Ketua Pegawai Pematuhan Marianne Fogarty turut meletak jawatan.

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat dalam pada itu menzahirkan kebimbangan mengenai masa depan Twitter.

Sehubungan itu, pihaknya giat memerhatikan platform media sosial berkenaan bagi ‘mengelak masalah lebih besar berlaku’. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.