Donald Trump bakal rebut jawatan Presiden AS 2024? - Utusan Malaysia

Donald Trump bakal rebut jawatan Presiden AS 2024?

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAYTON: Donald Trump memberi bayangan bahawa beliau akan kembali dalam dunia politik Amerika Syarikat (AS) dengan bertanding merebut jawatan presiden negara ini pada 2024.

Bekas presiden itu tidak pernah menerima kekalahannya dalam pilihan raya presiden 2020, menyaksikan beliau kalah dengan Joe Biden.

“Saya akan membuat satu pengumuman penting pada 15 November ini di kediaman rasmi saya,” katanya kepada para penyokong Republikan di Ohio menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS.

Jika benar Trump bakal membuat kemunculan semula, hal itu dijangka memberi cabaran besar kepada parti Demokrat pimpinan Biden yang ketika ini mula ‘hilang rentak’ akibat krisis ekonomi dan perang Russia-Ukraine yang berlanjutan.

Rakyat AS ketika ini dikatakan semakin tidak yakin dengan pentadbiran Biden yang disifatkan ‘tidak konsisten’ berikutan kenaikan kos sara hidup dan pengangguran tinggi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya