Demokrat, Republikan bersatu demi demokrasi AS

Demokrat, Republikan bersatu demi demokrasi AS

BARACK Obama, Donald Trump dan Joe Biden bakal berentap memenangi kawasan di Pennsylvania dalam pilihan raya pertengahan tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENNSYLVANIA: Buat pertama kalinya, Donald Trump, Barack Obama dan Joe Biden berkongsi satu mesej yang sama, iaitu menggesa rakyat Amerika Syarikat (AS) keluar mengundi sempena pilihan raya pertengahan penggal.

Mesej itu disampaikan oleh ketiga-tiga pemimpin itu ketika berkempen di sini.

Obama dan Biden menyifatkan pilihan raya itu sebagai penentuan kepada kelangsungan demokrasi di negara ini, manakala Trump pula menyatakan tahap keselamatan AS semakin kritikal.

Tarikh pengundian yang dijadualkan esok bakal menentukan parti mana yang akan mengawal Kongres.

Kesemua 435 kerusi di Kongres bakal dipertandingkan dengan, dengan 35 kerusi di Dewan Senat.

Di Pennsylvania, margin tipis memisahkan calon Senat Demokrat, John Fetterman, 53, dengan calon Republikan, Mehmet Oz, 62.

kemunculan dua bekas presiden dan Biden ketika berkempen secara tidak langsung menunjukkan Pennsylvania sebagai kubu penting dalam pilihan raya tersebut.

Kemenangan Trump di Pennsylvania sebelum ini membantunya menawan White House pada 2016.

Bercakap kepada penyokongnya, Biden memberi amaran bahawa kegagalan mengembalikan Demokrat secara majoriti dalam Kongres dan Senat akan menyebabkan banyak isu terjejas, termasuk sistem kesihatan awam dan hak melakukan pengguguran bayi.

Biarpun ketika ini Demokrat menguasai Kongres dan Senat, namun situasi itu dijangka tidak bertahan lama berdasarkan tinjauan yang dilakukan.

Dalam pada itu, Trump yang berkempen di pekan Latrobe pula memberi amaran penguasaan berterusan Demokrat di Washington hanya akan menyebabkan kadar jenayah meningkat dan kemasukan pendatang tidak terkawal.

“Jika anda mahukan keselamatan untuk keluarga anda, anda perlu menyingkirkan setiap wakil Demokrat dari Kongres.

“Jika anda mahu hentikan kemusnahan yang berlaku, anda semua perlu mengundi Republikan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN