China beri jaminan pantau teliti program angkasa lepas - Utusan Malaysia

China beri jaminan pantau teliti program angkasa lepas

CHINA menegaskan menjalankan proses yang selamat mengikut undang-undang antarabangsa dalam melaksanakan program angkasa lepasnya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China memberi jaminan melakukan pemantauan teliti dan menjalankan proses yang selamat dalam melaksanakan program angkasa lepasnya selepas menerima kecaman hebat dari Barat ekoran isu sisa roketnya yang menjunam tanpa kawalan ke Bumi semalam.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhoa Lijian berkata, kemasukan semula serpihan roket ke bumi merupakan proses normal yang diterima di peringkat antarabangsa. 

“Mengikut prinsip kami, saya ingin menekankan bahawa China sentiasa menjalankan aktiviti untuk penggunaan angkasa lepas secara aman selaras dengan undang-undang dan amalan antarabangsa dan menjadi amalan yang diterima di peringkat antarabangsa untuk penggalak roket memasuki semula atmosfera.

“Pihak berkuasa China telah memantau dengan teliti parameter orbit yang relevan bagi serpihan roket berkenaan. Kami akan mengeluarkan maklumat kepada masyarakat antarabangsa secara terbuka dan telus serta tepat pada masanya,” ujarnya.

Komando Angkasa Amerika Syarikat (AS) mengesahkan sisa-sisa penggalak roket China yang hangus, menjunam tanpa kawalan memasuki semula atmosfera di selatan Lautan Pasifik pagi kelmarin.

Lapor saluran berita CNN, situasi berbahaya itu merupakan insiden keempat melibatkan roket Long March 5B sejak agensi angkasa lepas China mula menerbangkannya dua tahun lalu kerana kenderaan itu direka tanpa peralatan yang diperlukan untuk memandu sendiri ke pendaratan yang selamat. 

Fakta itu telah berulang kali mencetuskan kontroversi dan dikritik oleh pakar dasar angkasa lepas yang mengatakan ia menimbulkan risiko kerosakan besar dan kehilangan nyawa.

“Mereka tidak berkongsi maklumat trajektori khusus yang diperlukan untuk meramalkan zon pendaratan dan mengurangkan risiko,” kata Pegawai Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Bill Nelson dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN