Biden yakin menang pilihan raya pertengahan penggal AS - Utusan Malaysia

Biden yakin menang pilihan raya pertengahan penggal AS

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yakin Parti Demokrat akan memenangi pilihan raya pertengahan penggal AS minggu depan, tetapi memberi amaran berdepan dua tahun yang sukar jika tinjauan menunjukkan kemenangan Republikan terbukti benar.

Biden dalam desakan pelbagai negeri pada hari-hari terakhir sebelum pengundian Selasa ini berkata, beliau optimis Parti Demokratnya mampu menang.

“Kawan-kawan, saya tidak percaya bahawa kita menghadapi masalah. Saya rasa kita akan menang. Saya yakin,” katanya ketika berucap di Chicago.

Tinjauan menunjukkan Republikan bersedia untuk kemungkinan menang besar dalam pilihan raya Kongres , bukan sahaja di Dewan Perwakilan tetapi Dewan Senat.

Jika perkara itu berlaku, Biden bakal berdepan dua tahun terakhir penggal pertama dan pilihan raya Presiden 2024 yang tegang.

“Jika kita kehilangan Dewan dan Senat, ia akan menjadi dua tahun yang mengerikan.

“Berita baiknya ialah saya akan mempunyai pen veto,” tambah Biden merujuk kepada kuasanya untuk menyekat rang undang-undang.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN