Bergelut kos tinggi, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja - Utusan Malaysia

Bergelut kos tinggi, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Syarikat Meta Platforms Inc mengumumkan bakal memecat 13 peratus pekerjanya, atau lebih 11,000 orang, sekali gus menjadi satu daripada pemberhentian kerja terbesar dalam sektor teknologi tahun ini.

Keputusan itu dibuat ketika syarikat induk Facebook tersebut bergelut dengan kenaikan kos dan pasaran pengiklanan yang lemah, lapor Reuters.

Ia adalah kali pertama dalam sejarah Meta sejak 18 tahun lalu, syarikat itu mengurangkan jumlah pekerjanya dengan drastik.

Langkah itu susulan ribuan pekerja yang diberhentikan di syarikat teknologi besar lain seperti Twitter yang dimiliki Elon Musk dan Microsoft Corp.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg, berkata ketika permulaan Covid-19, ramai menyasarkan arena digital akan berkembang pesat dan akan kekal selepas pandemik reda.

Namun, perkara itu tidak berlaku, tetapi membawa kepada lebih persaingan, kesan makro-ekonomi, dan pengurangan pendapatan.

“Bukan saja perdagangan online kembali ke trend sebelum pandemik, tetapi kemerosotan ekonomi, persaingan lebih sengit dan kerugian iklan menyebabkan keuntungan kami lebih rendah daripada jangkaan saya

“Saya membuat kesilapan dan saya bertanggungjawab terhadap keputusan itu,” kata Zuckerberg dalam mesej kepada pekerja Meta.

Zuckerberg menekankan bertapa perlunya syarikat itu lebih cekap modal sambil menambah ia akan mengalihkan sumber kepada ‘bidang pertumbuhan keutamaan tinggi’ seperti enjin pembangunan kecerdasan buatan (AI), platform iklan dan perniagaan, serta projek metadunia.

Meta menyatakan ia akan menawarkan pampasan yang sebaiknya kepada mereka yang terkesan, termasuk 16 minggu gaji serta tambahan dua minggu bagi setiap tahun berkhidmat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya