Bayi kembar lahir dari embrio beku 30 tahun lalu - Utusan Malaysia

Bayi kembar lahir dari embrio beku 30 tahun lalu

PASANGAN kembar dari Tennessee, Lynda Ann (kiri) dan Timothy Ronald Ridgeway dilahirkan daripada embrio yang dibekukan lebih 30 tahun lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENNESSEE: Sepasangn bayi kembar dilahirkan di Tennessee Amerika Syarikat (AS) daripada embrio yang  dibekukan lebih 30 tahun lalu.

Menurut portal berita BBC, kelahiran tersebut turut mencatat rekod baharu bagi embrio beku paling lama yang berjaya menghasilkan kelahiran hidup. 

Embrio berkenaan disimpan di bawah paras beku sekitar -128 darjah Celcius dalam nitrogen cecair pada 22 April 1992. 

Rachel Ridgeway, ibu kepada empat anak dari Oregon yang melahirkan pasangan kembar berlainan jantina itu pada 31 Oktober lalu, mengakui teruja dengan kelahiran tersebut.

“Dalam satu segi jika mengikut usia embrio itu, mereka adalah anak sulung kami walaupun mereka adalah anak kami yang paling kecil.

“Ada sesuatu yang membingungkan mengenainya tetapi kami sangat gembira dengan keunikan ini,” tambahnya.

Embrio berkenaan berada dalam simpanan di makmal kesuburan di pantai barat AS sehingga tahun 2007 sebelum didermakan kepada Pusat Derma Embrio Kebangsaan (NEDC).

Pakar embriologi di klinik rakan kongsi NEDC kemudian melakukan pencairan dan pemindahan ke rahim awal tahun ini bagi membantu Rachel melahirkan pasangan kembar yang diberi nama Lynda Ann dan Timothy Ronald Ridgeway.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya