Angka korban tembakan sekolah Brazil meningkat kepada empat orang - Utusan Malaysia

Angka korban tembakan sekolah Brazil meningkat kepada empat orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Jumlah korban insiden tembakan di dua buah sekolah di Brazil meningkat kepada empat orang selepas guru yang cedera dalam kejadian tersebut meninggal dunia.

Pihak berkuasa di bandar Aracruz di negeri Espirito Santo berkata, seramai 10 orang cedera, termasuk tiga guru dan pelajar dalam insiden yang berlaku pada Jumaat lalu.

Suspek tembakan yang merupakan bekas pelajar di sekolah pertama yang menjadi sasarannya melepaskan tembakan terhadap sekumpulan guru, menyebabkan dua orang maut.

Suspek kemudiannya menuju ke sebuah sekolah swasta dan menembak mati seorang pelajar perempuan dan menyebabkan sejumlah lagi cedera.

Selepas dua insiden itu, suspek berjaya ditahan polis dan bakal didakwa melakukan pembunuhan.

Serangan itu merupakan yang ke-12 melibatkan sekolah di Brazil sejak 2002. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya