Anak buah Ali Khamenei gesa dunia putus hubungan dengan Iran - Utusan Malaysia

Anak buah Ali Khamenei gesa dunia putus hubungan dengan Iran

TANGKAP layar rakaman video memaparkan Farideh Moradkhani. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Anak saudara pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei menyeru negara-negara asing memutuskan semua hubungan dengan Teheran ekoran tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang melakukan protes susulan kes kematian wanita dalam tahanan polis.     

Satu rakaman video memaparkan kenyataan aktivis hak asasi terkenal, Farideh Moradkhani dikongsi secara meluas di media sosial. 

Malah, agensi berita HRANA melaporkan Farideh ditahan pada 23 November lalu selepas mengeluarkan kenyataan demikian.    

“Wahai rakyat dunia, bersamalah dengan kami dan desak kerajaan anda untuk berhenti menyokong rejim pembunuh dan pembunuhan kanak-kanak ini.

“Kerajaan ini tidak setia kepada mana-mana prinsip agama malah tidak tahu apa-apa peraturan kecuali menggunakan kekerasan untuk kekal berkuasa,” kata Farideh dalam video itu.

Sementara itu, HRANA melaporkan seramai 450 penunjuk perasaan terbunuh dalam pergolakan di seluruh negara yang berlangsung lebih dua bulan.

Jelas laporan itu, jumlah mangsa maut itu turut membabitkan 63 kanak-kanak bawah umur.

Berdasarkan laporan itu, seramai 60 anggota pasukan keselamatan terkorban dan 18,173 penunjuk perasaan ditahan.        

Pergolakan di seluruh negara menyusuli kematian Mahsa Amini, 22, pada 16 September lalu selepas ditangkap oleh polis di Teheran kerana didakwa melanggar kod pakaian untuk wanita. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya