Al-Qaeda larang umat Islam tonton Piala Dunia

Al-Qaeda larang umat Islam tonton Piala Dunia

ORANG ramai menikmati minuman kopi di sebuah kedai di Doha menjelang Piala Dunia Qatar 2022. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Rangkaian al-Qaeda menggesa umat Islam di seluruh dunia supaya tidak menyaksikan Piala Dunia Qatar tanpa memberikan penjelasan lanjut kepada larangan tersebut.

Timbul kebimbangan sekiranya kumpulan pengganas itu berkemungkinan melancarkan serangan keganasan memandangkan sejumlah besar pelancong asing bakal memenuhi Qatar bagi menyaksikan kejohanan dunia tersebut.

Cawangan al-Qaeda di Semenanjung Arab dengan lantang mengkritik Qatar kerana ‘membawa masuk kelompok manusia yang tidak bermoral, gay, terlibat rasuah dan tidak percayakan tuhan ke Semenanjung Arab’.

Rangkaian itu juga menyifatkan acara berprestij dunia itu sebagai ‘alat untuk mengalihkan perhatian daripada penindasan dan penjajahan negara umat Islam’.

“Kami memberi amaran kepada semua saudara Islam supaya tidak menyaksikan atau menghadiri kejohanan itu,” menurut al-Qaeda menerusi kenyataan yang dilaporkan oleh kumpulan perisik SITE Intelligence, kelmarin.

Penganjur Piala Dunia sebelum ini menegaskan semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan mereka dialu-alukan datang ke Qatar untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Qatar merupakan sebuah negara kecil dengan populasi kira-kira tiga juta orang, dengan kebanyakannya merupakan pekerja asing.

Pihak berkuasa negara itu memaklumkan lebih 50,000 orang sudah dilatih untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan terbaik sepanjang piala dunia berlangsung. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya