fbpx

10 maut dalam insiden tembakan di Walmart Virginia

VIRGINIA: Satu insiden tembakan berlaku di pasar raya Walmart di Chesapeake, di sini menyaksikan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan sejumlah lagi cedera.

Suspek yang melepaskan tembakan merupakan antara yang maut dalam insiden tersebut, menurut pihak berkuasa Chesapeake.

Jurucakap polis, Leo Kosinki berkata, polis menerima laporan mengenai insiden itu pada pukul 10 malam waktu tempatan dan ketika tiba di lokasi kejadian, pihak berkuasa menemukan sejumlah mangsa yang meninggal dunia.

Tembakan juga dilaporkan berhenti dilepaskan ketika polis tiba di lokasi kejadian .

Namun, Kosinki tidak mahu menjelaskan sama ada suspek maut akibat terkena tembakan sendiri atau dilepaskan anggota polis.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mewujudkan pusat maklumat untuk semua ahli keluarga mangsa bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes tersebut.

Sementara itu, jurucakap hospital, Mike Kafka berkata, seramai lima mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan Sentara akibat kecederaan yang dialami dalam insiden tersebut.

Katanya, kesemua mangsa tersebut dalam keadaan stabil.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received