Xi Jinping kukuhkan kedudukan sebagai Presiden China untuk penggal ketiga - Utusan Malaysia

Xi Jinping kukuhkan kedudukan sebagai Presiden China untuk penggal ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Xi Jinping dilantik sebagai Presiden China untuk penggal ketiga hari ini sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin paling berkuasa negara itu selepas Mao Zedong.

Menurut agensi berita Xinhua, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China memilih Jinping sebagai setiausaha agungnya selama lima tahun lagi.

Pelantikan Jinping mengembalikan negara itu ke arah pemerintahan diktator selepas berdekad-dekad perkongsian kuasa dalam kalangan pemimpin elitnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh parti dengan ikhlas atas kepercayaan yang anda berikan kepada kami,” kata Jinping kepada wartawan di Dewan Besar Rakyat Beijing selepas undian tertutup diumumkan.

Beliau berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas bagi membuktikan beliau layak mendapat kepercayaan besar parti dan rakyatnya.

Jinping turut dilantik semula sebagai ketua Suruhanjaya Pusat Tentera China.

Pemilihan dibuat selepas perhimpunan pemimpin parti selama seminggu menyokong kedudukan Jinping dalam kepimpinan dan meluluskan rombakan menyeluruh yang menyaksikan bekas pesaingnya berundur.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN