Warga emas mati dipijak ketika solat - Utusan Malaysia

Warga emas mati dipijak ketika solat

GAMBAR Hiasan-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang warga emas maut selepas diserang dan dipijak berkali-kali oleh lelaki tidak dikenali ketika menunaikan solat asar di sebuah masjid di Sumatera Utara.

Portal berita Kompas.com melaporkan, peristiwa menyedihkan itu berlaku Sabtu lalu di Masjid Al-Mukhlisin di daerah Madina.

Menurut Ketua Polis Mandailing Natal, Muhammad Reza , kejadian bermula apabila suspek dikenali sebagai Suadi secara tiba-tiba masuk ke dalam masjid dan meluru ke arah warga emas berusia 73 tahun itu.

Suspek kemudian terus melakukan kekerasan dengan menumbuk, memijak dan menendang muka serta badan mangsa yang dikenali sebagai Teger itu sehingga warga emas itu pengsan.

“Mangsa mengalami lebam di dahi kiri, hidung berdarah, lebam di lengan kiri dan salah satu gigi mangsa tercabut sehingga mangsa tidak sedarkan diri,” katanya.

Penduduk yang terkejut melihat kejadian itu bergegas membantu mangsa dan membawanya ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) berhampiran.

Namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di pusat kesihatan itu.

Polis tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan daripada penduduk dan berjaya menahan suspek.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan soal siasat masih dijalankan ke atas suspek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya