Wanita mamai maut dihempap almari - Utusan Malaysia

Wanita mamai maut dihempap almari

CHLOE HAYNES maut di dalam bilik Hotel Adeplhi di Liverpool.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Seorang wanita maut akibat dihempap almari lama bersaiz besar di Hotel Adelphi pada pukul 6.30 pagi, 10 September lalu, lapor Metro.

Ibu mangsa, Williams dari Wrexham berkata, almari pakaian berdekatan dinding itu jatuh dan menghempap leher anaknya, Chloe Haynes, 21.

Katanya, kejadian berlaku selepas anaknya menyangka pintu almari itu adalah pintu tandas dan cuba membukanya.

Sebelum itu, jelasnya, mangsa mabuk dan rakannya membawa pulang ke hotel.

“Semasa bangun dari katil, dia mungkin menjadi keliru ketika itu dan tidak mengetahui di mana dia berada.

“Dia buka pintu almari pakaian yang menyangkakan ia adalah tandas atau pintu untuk keluar dari bilik.

“Almari pakaian yang lama itu besar dan berat, sekali gus menyebabkan kematian anak saya,” ujarnya.

Williams berkata, rakannya dan penghuni bilik berdekatan bergegas datang untuk mengalihkan almari itu, namun sudah terlambat untuk menyelamatkan anaknya.

Mangsa dikatakan mengunjungi Liverpool dari Pwllheli, North Wales bagi menghadiri majlis pertunangan sekitar pukul 7.40 malam.

Polis Merseyside mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

Pihak pengurusan hotel bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kematian melibatkan pelanggannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN