Wanita hilang tiga hari ditemukan dalam perut ular sawa - Utusan Malaysia

Wanita hilang tiga hari ditemukan dalam perut ular sawa

ULAR sawa yang menelan seorang wanita di Jambi, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAMBI: Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh penduduk kampung ditemukan tidak bernyawa di dalam perut seekor ular sawa sepanjang enam meter di Tanjung Jabung Barat, Jambi.

Wanita itu yang dikenali sebagai Zahara, 52, dilaporkan hilang sejak kelmarin, menyebabkan penduduk setempat melakukan operasi pencarian di pelbagai kawasan termasuk hutan berhampiran.

Menurut seorang penduduk kampung, ketika operasi pencarian dilakukan, mereka menemukan seekor ular sawa yang ‘kekenyangan’ dan pada mulanya hanya menyangka haiwan itu mungkin menelan kambing.

“Kerana curiga dengan perut ular yang besar, penduduk kampung membelah ular sawa itu dan kami terkejut apabila menemukan Zahara.

“Kami tidak menyangka wanita itu hilang kerana ditelan ular sawa,” kata penduduk yang dikenali sebagai Birin.

Penduduk setempat memaklumkan, mangsa bekerja sebagai penoreh getah dan kejadian itu dipercayai berlaku ketika dia keluar menoreh pada awal pagi.

Insiden itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa dan jenazah Zahara dikebumikan oleh keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN