Ubat sirap dari Indonesia punca masalah gangguan ginjal kanak-kanak - Utusan Malaysia

Ubat sirap dari Indonesia punca masalah gangguan ginjal kanak-kanak

BUDI GUNAWAN SADIKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Kesihatan mengesahkan ubat jenis sirap yang dikeluarkan di Indonesia mengandungi dua bahan punca masalah ginjal akut (AKI) yang mengorbankan puluhan kanak-kanak di negara ini.

Menurut portal berita CNN Indonesia, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, perkara itu dikenal pasti melalui pemeriksaan ke atas 99 pesakit yang meninggal dunia akibat masalah itu. 

“Sampel darah 99 pesakit AKI yang meninggal dunia mengandungi zat kimia berbahaya ethylene glycol dan diethylene glycol.

“Yang kita lihat ubat yang diambil oleh kanak-kanak yang meninggal itu sememangnya dikeluarkan dan dikilangkan di sini,” jelasnya.

Kementerian Kesihatan Indonesia sebelum ini mengeluarkan notis kepada semua farmasi di seluruh negara supaya tidak menjual ubatan dalam bentuk cecair sirap buat sementara waktu. 

Kementerian itu turut memberi amaran kepada semua lapisan masyarakat untuk tidak mengambil sebarang jenis ubat sirap buat sementara waktu atau membuang terus ubat berkenaan jika sudah membelinya.

Dalam pada itu, Budi turut meminta Agensi Pengawasan Ubat dan Makanan (BPOM) untuk mempercepatkan penelitian dan mengeluarkan senarai ubat berbahaya yang harus ditarik balik dari pasaran.

“Kita ambil tindakan preventif, kita tahan dulu pembekalan ubat sirap supaya tidak bertambah lagi korbannya. Kita juga sudah menghalang farmasi dan dokter daripada menjual atau preskripsi ubat jenis sirap kepada pesakit sehingga BPOM memastikan ubat mana yang sebenarnya berbahaya,” katanya.

Berdasarkan data dikeluarkan laman Ikatan Dokter Anak Indonesia (IDAI), sebanyak 206 kes masalah buah pinggang akut misteri dikesan di 20 wilayah sejak Januari lalu dengan 99 daripadanya meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN