ST LOUIS: Seramai tiga orang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di St Louis, Missouri.
Menurut portal berita BBC, lelaki bersenjata itu memasuki Sekolah Menengah Pusat Seni Visual & Persembahan ketika pelajar berada di dalam kelas.
Pintu bangunan sekolah itu dikunci dan tidak jelas bagaimana suspek masuk.
Dua mangsa yang maut merupakan seorang guru dan pelajar perempuan berusia 16 tahun.
Suspek yang dikenal pasti sebagai bekas pelajar berusia 19 tahun, dilaporkan berbalas tembakan dengan polis sebelum meninggal dunia akibat kecederaannya.
Mangsa yang cedera membabitkan empat pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan stabil
Polis berkata, lelaki bersenjata itu menamatkan pengajiannya di sekolah berkenaan tahun lalu dan tidak mempunyai sejarah perlakuan jenayah.