Tayar pesawat Boeing tercabut ketika berlepas - Utusan Malaysia

Tayar pesawat Boeing tercabut ketika berlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TARANTO: Sebuah pesawat jenis Boeing 787 berdepan detik cemas selepas sebuah tayar seberat 100 kilogram (kg) tercabut ketika berlepas dari Lapangan Terbang Taranto di Itali.

Lapor Daily Mail, rakaman video mengenai kejadian mengejutkan itu tular dalam media sosial.

Tayar berukuran 1.2 meter diameter itu tercabut dari pesawat Dreamlifter lalu terjatuh ke tanah dalam satu kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Rakaman menunjukkan tayar itu melantun di atas landasan selepas ia terjatuh ke tanah ketika pesawat dalam penerbangan ke Charleston, Carolina Selatan di Amerika Amerika (AS).

Bahagian yang hilang dari gear pendaratan utama pesawat itu kemudian ditemukan di ladang anggur berhampiran luar lapangan terbang di selatan Itali.

Pesawat N718BA Atlas Air berlepas dari Taranto ke Charleston kira-kira pukul 9.09 pagi (waktu tempatan).

Dilaporkan, pesawat itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Charleston meskipun berlaku kerosakan.

Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan kejadian itu.

Berdasarkan laporan media Itali, Corriere della Sera, pesawat Dreamlifter 747-400 yang bersaiz besar dibangunkan untuk mengangkut barang dari Itali, Jepun dan AS.

Malah, pesawat itu juga pernah digunakan untuk membawa bekalan perubatan ketika pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya