Suami isteri maut dilanggar anak sendiri - Utusan Malaysia

Suami isteri maut dilanggar anak sendiri

POLIS membantu mengangkat mangsa kemalangan maut melibatkan sepasang suami isteri di timur Balikpapan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIKPAPAN: Malang tidak berbau, sepasang suami isteri maut dalam satu insiden kemalangan tragis selepas dilanggar anak mereka sendiri di Timur Kalimantan kelmarin.

Menurut portal berita Kompas.com, insiden berlaku ketika pasangan suami isteri itu menunggang motosikal  dari bandar Balikpapan menghala ke arah Lamaru di timur bandar itu. 

Setiba di hadapan perusahaan PT Schlumberger, motor berkenaan memperlahankan kelajuannya.

Namun sebuah kenderaan Toyota Inova dipandu anak kedua-dua mangsa yang kebetulan berada dibelakang, tidak sempat mengelak lalu merempuh ibu dan bapanya.

Rempuhan kuat menyebabkan pasangan suami isteri itu tercampak  sebelum digilis kenderaan lain yang lalu di kawasan itu.

Pasangan malang itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.45 petang itu menyebabkan jalan sesak selama beberapa jam.

Polis Balikpapan mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan tragis itu dan kes itu sedang disiasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya