Seorang maut, puluhan cedera gempa bumi landa Sumatera - Utusan Malaysia

Seorang maut, puluhan cedera gempa bumi landa Sumatera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda Pulau Sumatera pada awal pagi tadi, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC).

Bencana itu menyebabkan seorang maut dan puluhan lagi cedera ketika orang ramai bergegas keluar dari bangunan untuk berlindung di tempat selamat.

Menurut USGC, gempa itu berlaku pada kedalaman 13 kilometer (km) sebelum pukul 2.30 pagi (waktu tempatan), kira-kira 40km dari bandar Sibolga di wilayah Utara Sumatera.

Pegawai agensi pengurusan bencana, Febrina Tampubolon berkata, seorang lelaki berusia 50 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh gempa bumi manakala 25 orang lain cedera.

Tampubolon berkata, pihak berkuasa masih sedang mengumpul laporan mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu.

Katanya, beberapa tiang elektrik dan menara telekomunikasi rosak sehingga menyebabkan perkhidmatan bekalan elektrik terputus.

Pengarah Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), Dwikorita Karnawati berkata, lebih 50 gempa susulan direkodkan dan menasihati penduduk supaya berhati-hati dengan gegaran selanjutnya.

Beliau juga menggesa orang ramai mencari tempat selamat untuk berlindung ketika situasi itu berlaku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya