Russia tambah pesawat pengebom nuklear - Utusan Malaysia

Russia tambah pesawat pengebom nuklear

IMEJ satelit menunjukkan Russia menambah bilangan pesawat pengebom nuklear di pangkalan udara berhampiran Finland dan Nowary. - PLANET LABS PBC 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Beberapa imej satelit menunjukkan Russia sedang menambah bilangan pesawat pengebom nuklear yang ditempatkan di sebuah pangkalan udara berhampiran sempadan Finland dan Norway.

Langkah itu dilakukan di tengah-tengah ketegangan tinggi sama ada Presiden Vladimir Putin merancang untuk melancarkan serangan atom di Eropah dan operasi ketenteraan khas di Ukraine mengalami beberapa kegagalan sejak kebelakangan ini.    

Lapor Daily Mail, Moscow secara berperingkat meningkatkan bilangan pesawat pengebom di pangkalan udara Olenya di utara Russia.

“Tiada satu pun (pesawat pengebom) dikesan pada 12 Ogos lalu menerusi imej satelit itu.

“Ia kemudian bertambah kepada empat buah pesawat supersonik Tu-160 pada 21 Ogos lalu, dan ketika ini terdapat sebanyak 11 unit pesawat pengebom,” jelas laporan itu.

Berita mengenai penambahan bilangan pesawat pengebom muncul selepas rakaman menunjukkan detik sebuah stor penyimpanan senjata di Russia dibedil Ukraine dalam serangan terbaharu.

Imej satelit itu turut menunjukkan terdapat tujuh pesawat pengebom Tu-160 dan empat pesawat Tu-95 di kemudahan itu di Semenanjung Kola. 

Penemuan itu didedahkan oleh laman sesawang, Faktisk.no yang memperoleh data daripada pengendali satelit berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Planet.

Isu penambahan pesawat itu berikutan kebimbangan dunia berhubung laporan dikeluarkan The Jerusalem Post dua minggu lalu yang mendedahkan ‘pengerahan luar biasa’ tujuh pesawat pengebom nuklear di pangkalan udara itu. 

Ia didedahkan oleh firma perisikan Israel, ImageSat International yang mengesan `kehadiran’ pesawat TU-160 dan TU-95.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya