Rishi Sunak individu 22 terkaya di Britain

Rishi Sunak individu 22 terkaya di Britain

RISHI SUNAK dan isterinya, Akshata Murty. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ahli Parti Konservatif, Rishi Sunak tersenarai sebagai antara individu terkaya di negara ini.

Menurut portal Hindustan Times, Sunak dan isterinya, Akshata Murty, mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak 730 juta pound (RM3.9 bilion) menerusi senarai kekayaan yang dibuat oleh akhbar The Sunday Times.

Jumlah tersebut melayakkan pasangan yang berasal dari India itu berada di tangga ke-22 orang terkaya di Britain menerusi senarai yang dikeluarkan pada Mei lalu.

Ketika ini beliau juga merupakan ahli politik barisan hadapan pertama yang pernah dimasukkan dalam senarai orang terkaya di United Kingdom (UK).

Menurut Sunday Times Rich List 2021 yang dikeluarkan awal tahun ini, isteri Sunak dilaporkan lebih kaya daripada Ratu Elizabeth II berikutan jumlah kekayaan peribadinya yang dianggarkan bernilai hampir 350 juta pound (RM1.8 bilion).

Berdasarkan Billionaires Bloomberg Index, Akshata, 42, yang merupakan warganegara India itu mempunyai nilai kekayaan besar kerana pegangannya dalam syarikat teknologi multinasional India, Infosys Ltd. yang diasaskan bapanya, Narayana Murty.

Sunak mengumumkan akan bertanding semula untuk jawatan perdana menteri Britain selepas ditewaskan Liz Truss pada September lalu.

Nilai kekayaannya kembali menjadi perhatian ekoran krisis ekonomi yang dihadapi UK ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN