Remaja ditembak polis ketika makan burger keju dalam kereta

Remaja ditembak polis ketika makan burger keju dalam kereta

TANGKAP layar video yang dirakam pada kamera badan polis menunjukkan reaksi terkejut Erik Cantu ketika anggota polis memintanya keluar dari kenderaan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Tindakan terburu-buru seorang anggota polis baharu ketika memeriksa sebuah kenderaan yang dinaiki dua remaja berakhir dengan insiden yang tidak diingini berlaku.

Hal itu berlaku apabila anggota polis tersebut, James Brennand melepaskan beberapa das tembakan terhadap seorang remaja lelaki, Erik Cantu, 17, yang ketika itu menikmati hidangan burger keju di dalam kenderaannya.

Brennand mengesyaki remaja itu melakukan kesalahan selepas dia menerima laporan mengenai berlaku gangguan di lokasi berkenaan.

Ketika menghampiri kenderaan yang dinaiki Cantu di tempat letak kereta restoran makanan segera McDonald, Brennand meminta remaja itu keluar, namun Cantu enggan mengikut arahan tersebut sebelum pintu keretanya dibuka anggota polis tersebut.

Media melaporkan, sehari sebelum kejadian, kenderaan yang dinaiki Cantu pernah mengelak daripada polis, sekali gus mengukuhkan tanggapan Brennand bahawa remaja itu terlibat dalam jenayah.

Berdasarkan kemera badan yang dipasang pada Brennand, Cantu yang ketika itu menikmati makanan segera bersama rakannya menunjukkan reaksi terkejut dan cuba mengundurkan kenderaannya.

Terkejut dengan tindakan Cantu, Brennand segera melepaskan beberapa das tembakan terhadap remaja itu sehingga dia menghentikan kenderaannya.

Sejurus kejadian itu, Cantu yang cedera ditemukan anggota polis lain dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Brennand dipecat atas tindakannya yang disifatkan tidak beretika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN