Presiden AS tersalah sebut nama Rishi Sunak sebagai Rashee Sanook

Presiden AS tersalah sebut nama Rishi Sunak sebagai Rashee Sanook

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden merupakan antara pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepada Rishi Sunak selepas beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.

Menerusi ucapan sempena perayaan Deepavali di White House, Biden mengucapkan tahniah kepada Sunak dan keluarganya.

Namun, pemimpin AS itu tersalah sebut nama Sunak dengan menyebut ‘Rashee Sanook’ sebanyak beberapa kali.

Keadaan itu secara tidak langsung meluaskan lagi spekulasi pelbagai pihak mengenai kesihatan mentalnya.

“Kami mendapat berita bahawa beliau (Sunak) kini adalah Perdana Menteri Britain yang baharu.

“Tahniah diucapkan kepada ‘Rashee Sanook’ atas pemilihan tersebut,” ucap Biden.

Tidak mahu perkara itu terus menjadi bahan bualan mahupun ejekan pelbagai pihak, Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre segera memaklumkan Biden akan menghubungi Sunak dalam tempoh terdekat.

Katanya, Biden akan bercakap dengan Sunak menerusi telefon selepas perdana menteri baharu Bitain itu mengadakan pertemuan dengan Raja Britain, Raja Charles III.

Dalam pada itu, pembangkang Parlimen Britain didapati kurang selesa dengan ucapan tahniah para pemimpin dunia buat Sunak dan menegaskan, pelantikan beliau bukannya ‘kemenangan buat Asia’,.

Ahli Parlimen dari Parti Buruh, Nadia Whittome menyatakan, Sunak adalah jutawan dan bekas menteri kewangan.

“Berkulit hitam, putih atau Asia, jika anda bekerja makan gaji, maka beliau tidak akan menyebelahi anda,” katanya menerusi Twitter sebelum memadam ciapan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN