Polis siasat insiden penunjuk perasaan dipukul - Utusan Malaysia

Polis siasat insiden penunjuk perasaan dipukul

POLIS cuba meleraikan pergaduhan antara penunjuk perasaan dan pekerja konsulat China di hadapan bangunan konsulat di Manchester . - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis Manchester  sedang menyiasat laporan penunjuk perasaan pro-demokrasi Hong Kong yang didakwa dipukul di perkarangan konsulat China di bandar itu.

 Kumpulan pro-demokrasi digelar Pasukan Pertahanan Orang Asli Hong Kong mengadakan protes di luar konsulat itu bagi menentang Kongres Parti Komunis China yang berlangsung di Beijing.

 Rakaman video yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang lelaki memakai topeng dan merobohkan sepanduk penunjuk perasaan, dan pergelutan di pintu masuk konsulat.

 Di dalam pintu pagar, sekumpulan lelaki kemudian terlihat menumbuk seorang lelaki yang terbaring di atas tanah sambil diperhatikan lelaki bertopeng itu.

 Polis kemudian dilihat cuba untuk meleraikan pergaduhan itu dan penunjuk perasaan yang cedera dibawa ke hospital berhampiran. 

 Polis Greater Manchester berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden itu, selepas seorang lelaki mengalami beberapa kecederaan fizikal.

 Penolong Ketua Konstable, Rob Potts dalam kenyataan berkata, sehingga kini tiada penahanan dibuat dan penunjuk perasaan kini berada dalam keadaan stabil.

 Sementara itu jurucakap Perdana Menteri, Liz Truss menyifatkan insiden itu sebagai amat membimbangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN