Pitt pernah pukul Jolie dan anak

Pitt pernah pukul Jolie dan anak

BRAD Pitt
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Brad Pitt didakwa pernah bertindak ganas memukul muka dan mencekik dua anaknya ketika pergaduhan dengan bekas isterinya, Pelakon, Angelina Jolie beberapa tahun lalu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan Jolie semalam, kejadian berkenaan berlaku ketika pasangan itu bersama anak-anak mereka dalam perjalanan dari California ke Perancis  menaiki sebuah pesawat peribadi.

Dalam dokumen yang dikemukakan mahkamah Los Angeles dan dipetik secara meluas oleh media AS, Jolie menggambarkan bagaimana dia dan Pitt bertengkar selepas berbincang mengenai hal anak-anak mereka semasa insiden September 2016.

“Pitt memegang kepala Jolie dan menggoncangnya, kemudian memegang bahunya dan menggoncangnya semula sebelum menolaknya ke dinding bilik mandi.

“Apabila salah seorang anak mereka mempertahankan Jolie, Pitt menyerang anaknya tetapi Jolie sempat menghalang.

“Tetapi Pitt kemudian mencekik seorang anaknya dan memukul seorang lagi di bahagian muka, malah menuang bir di kepala Jolie serta dua anaknya itu,” lapor The New York Times.

Jolie dilaporkan memfailkan penceraian beberapa hari selepas kejadian itu.

Pitt dan Jolie yang pernah menjadi antara pasangan paling terkenal di Hollywood,  terlibat dalam pertikaian panjang mengenai perkahwinan mereka, hak penjagaan enam anak dan aset yang dikongsi, termasuk kilang wain di Perancis.

Dalam dokumen mahkamah itu Jolie turut menjelaskan rundingan penjualan kepentingannya dalam kilang Chateau Miraval kepada Pitt gagal kerana permintaannya menandatangani perjanjian untuk tidak mendedahkan penderaan fizikal dan emosi Pitt terhadap Jolie dan anak-anak mereka.

Sebelum ini Pitt menuduh Jolie melanggar haknya apabila menjual sahamnya dalam kilang wain itu kepada anak syarikat Stoli Group, yang dimiliki oleh seorang jutawan kelahiran Rusia.

Dalam dokumen yang difailkannya awal tahun ini, Pitt berkata Jolie cuba mendatangkan bahaya kepada dirinya dengan penjualan itu ekoran hubungan baik pemilik baharu firma itu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya