Pesawat kecil terhempas, jutawan Jerman dikhuatiri maut - Utusan Malaysia

Pesawat kecil terhempas, jutawan Jerman dikhuatiri maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMON, COSTA RICA: Pihak berkuasa Costa Rica mengesahkan jutawan Jerman, Rainer Schaller dan keluarganya berada dalam sebuah pesawat kecil yang terhempas di Caribbean akibat cuaca buruk.

Dua mayat dikenal pasti individu bawah umur dan seorang dewasa ditemukan pada Sabtu lalu, walaupun identiti mereka masih belum disahkan.

Sumber kementerian keselamatan awam memberitahu AFP, Schaller, lelaki dewasa, 53 tahun dan lima orang lain disenaraikan berada dalam pesawat yang terhempas pada Jumaat lalu, di luar pantai wilayah timur Limon.

Akhbar Jerman, Bild melaporkan, Schaller merupakan pengasas rangkaian gimnasium, McFit serta pasangannya dan dua anak mereka, manakala seorang lagi lelaki yang tidak disebutkan namanya adalah penumpang dalam pesawat itu.

Senarai penumpang rasmi memberikan nama akhir warga Jerman Schikorsky, 44, Kurreck, 40, dan dua individu bawah umur, serta juruterbang Switzerland berusia 66 tahun, nama keluarga Lips.

Beberapa serpihan pesawat dan bagasi ditemukan terapung dalam air meliputi 28 kilometer dari lapangan terbang Limon, kata kementerian keselamatan awam.

Operasi mencari dan menyelamat bermula selepas pesawat yang dalam perjalanan dari Mexico itu terputus hubungan dengan menara kawalan di Limon.

Menteri Keselamatan Awam Jorge Torres berkata, kesannya kelihatan ‘memusnahkan’, namun operasi mencari dan menyelamat tetap diteruskan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN