Perlu permit bawa kenderaan di bandar Oxford - Utusan Malaysia

Perlu permit bawa kenderaan di bandar Oxford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penduduk di Oxford terpaksa memohon permit untuk memandu kenderaan melalui kawasan pusat bandar itu jika rancangan mengurangkan kenderaan di bandar tersebut diluluskan bulan depan.

Di bawah cadangan itu setiap isi rumah akan diberikan permit yang membenarkan mereka memandu merentasi bandar selama hanya 100 hari setahun bagi setiap kenderaan.

Menurut portal berita Daily Mail, sehingga tiga permit akan dikeluarkan kepada setiap isi rumah, dengan satu lesen bagi setiap orang.

Skim tersebut akan dikawal selia oleh kamera ANPR di lokasi ‘penapis trafik’ di seluruh bandar.

Pengecualian akan dikeluarkan untuk bas, van penghantaran, HGV, motosikal dan kenderaan jenis moped.

Denda sebanyak 70 pound (RM361.92) akan dikenakan kepada pemandu tanpa permit.

Ahli Majlis Daerah, Duncan Enright yang mengetuai dasar itu berkata, pengenalan permit itu dibuat bagi mengurangkan masalah lalu lintas dan menambah baik masa perjalanan pengangkutan awam.

Kabinet akan membuat keputusan pada 29 November depan namun Enright berkata, beliau yakin ahli majlis akan memberi ‘lampu hijau’ kepada rancangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN