Perbicaraan kes Ferdy Sambo bermula hari ini - Utusan Malaysia

Perbicaraan kes Ferdy Sambo bermula hari ini

FERDY Sambo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Perbicaraan bekas ketua polis Indonesia, Ferdy Sambo yang didakwa merancang pembunuhan pengawal peribadinya dijalankan di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Indonesia, hari ini.

Kes terhadap Ferdy yang merupakan bekas inspektor jeneral dan ketua hal ehwal dalam polis negara itu mencetuskan rasa tidak percaya terhadap pasukan keselamatan selepas suspek dituduh cuba menutup jenayah tersebut.

Siasatan awal polis mengesyaki, pengawal peribadi, Nopryansyah Yosua Hutabarat, 27, terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan seorang lagi pegawai di kediaman Ferdy 8 Julai lalu.

Keluarga mangsa mendakwa, terdapat tanda seksaan pada tubuh Yosua mendorong bedah siasat kedua terpaksa dijalankan, sekali gus menolak versi laporan polis.

Pendakwa raya hari ini mendakwa Ferdy mengarahkan seorang pegawainya untuk menembak Yosua, sebelum melepaskan tembakan di bahagian kelapa mangsa.

Kemudian, tembakan itu dilepaskan ke arah dinding untuk menunjukkan kononnya berlaku kejadian tembak-menembak.

Menurut pendakwa raya, motif kejadian dipercayai pegawai peribadi itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap isteri Ferdy.

Ferdy, bersama enam pegawai lain, turut didakwa kerana menghalang keadilan dan perbicaraan dijangka berlangsung selama beberapa minggu lagi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN