Penumpang nahas pesawat Boeing 737 MAX adalah mangsa jenayah

Penumpang nahas pesawat Boeing 737 MAX adalah mangsa jenayah

PASUKAN Penyiasat Lembaga Pengangkutan dan Keselamatan Kebangsaan AS (NTSB) melihat serpihan di tapak nahas pesawat Ethiopian Airlines pada 12 Mac 2019. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Hakim persekutuan di Texas memutuskan bahawa penumpang yang terbunuh dalam nahas dua pesawat Boeing 737 Max adalah mangsa jenayah mengikut undang-undang persekutuan.

Menurut hakim berkenaan, keluarga mangsa nahas juga sepatutnya diberitahu tentang rundingan persendirian mengenai penyelesaian yang menyelamatkan syarikat pengeluar kapal terbang, Boeing daripada pendakwaan jenayah.

Pesawat Boeing 737 Max pertama kali terhempas di Indonesia pada Oktober 2018, membunuh 189 penumpang dan insiden kedua berlaku lima bulan kemudian di Ethiopia yang mengorbankan 157 nyawa.

Semua pesawat berkenaan dilarang daripada beroperasi di seluruh dunia selama hampir dua tahun sebelum dibenarkan terbang semula selepas Boeing merombak sistem kawalan penerbangan automatik yang diaktifkan secara salah dalam kedua-dua nahas.

Hakim berkata, langkah seterusnya adalah memutuskan pampasan yang perlu diberikan kepada keluarga kerana mereka tidak diberitahu tentang rundingan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dengan Boeing.

Ramai keluarga mangsa mendesak untuk membatalkan penyelesaian kerajaan dengan Boeing pada Januari 2021 dan menyatakan kemarahan kerana tiada seorang pun dalam syarikat berkenaan yang berdepan dakwaan jenayah ekoran insiden tragis itu.

Boeing yang didakwa mengelirukan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk meluluskan Max, bersetuju membayar AS$2.5 bilion (11.5 juta) dan denda sebanyak AS$243.6 juta (RM1.1 bilion).

Jabatan Kehakiman kemudian bersetuju untuk tidak mendakwa syarikat itu atas kesalahan konspirasi menipu kerajaan dan menjelaskan keluarga mangsa tidak diberitahu tentang rundingan itu kerana menyifatkan mereka bukan mangsa jenayah.

Bagaimanapun, Hakim Daerah AS, Reed O’Connor di Fort Worth, Texas, berkata nahas itu adalah akibat yang boleh dijangka daripada konspirasi Boeing, menjadikan penumpang terlibat sebagai mangsa jenayah.

“Ringkasnya, jika konspirasi jenayah Boeing untuk menipu FAA, 346 orang tidak akan kehilangan nyawa mereka dalam nahas itu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.