Pembangunan Nusantara dapat dilihat Januari 2023 - Jokowi

Pembangunan Nusantara dapat dilihat Januari 2023 – Jokowi

JOKO Widodo yakin pembangunan Nusantara berjalan mengikut fasa yag ditetapkan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) kelmarin meninjau projek pembangunan infrastruktur Ibu Kota Nusantara (IKN) di Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur.

Semasa lawatannya, Jokowi menyifatkan projek pembinaan beberapa kemudahan seperti akses jalan raya berjalan dengan baik.

Sehubungan itu, beliau yakin kemajuan pembangunan IKN dapat dilihat seawal Januari tahun depan.

“Pembangunan infrastruktur untuk kementerian, bangunan presiden dan pelbagai lagi kemudahan saya lihat dalam proses yang baik.

“Projek pembinaan jalan raya juga berjalan dengan baik dan saya kira, ini satu kemajuan yang menggalakkan,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Jokowi yakin bahawa perkambangan lanjut dapat dilihat seawal Januari 2023, sekali gus menjadikan IKN pusat serantau untuk ekonomi dan pelaburan.

Sebelum ini, pemimpin Indonesia itu turut meninjau jalur laut yang akan menjadi wilayah logistik ke IKN.

Beliau menyatakan bahawa pelabuhan di wilayah tersebut akan dikembangkan untuk pengangkutan awam yang lain.

“Sementara itu, kita gunakan kemudahan yang ada sebelum kita kembangkan ke peringkat yang lebih luas.

“Saya yakin, dengan semua perkembangan positif ini, sambutan Hari Kebangsaan Indonesia pada 17 Ogos 2024 dapat disambut di IKN,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN