Mayat pelajar lemas ditemukan selepas hanyut 80 kilometer

Mayat pelajar lemas ditemukan selepas hanyut 80 kilometer

PASUKAN keselamatan mengusung mayat mangsa di Jakarta Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mayat seorang pelajar universiti yang lemas ekoran banjir minggu lalu akhirnya ditemukan selepas hanyut lebih 80 kilometer.

Menurut portal berita CNN Indonesia, mahasiswi Institut Pertanian Bogor (IPB), Adzra Nabila, 20, hanyut dibawa arus deras setelah terjatuh ke dalam lubang pembetungan di Jalan Dadali di Bogor.

Adzra hanya ditemukan lima hari kemudian di kawasan yang jauh merentasi negeri di jambatan besi daerah Tambora di Jakarta Barat.

Detik-detik bagaimana remaja malang berkenaan terjatuh ketika menaiki motosikal merentasi kawasan air deras di Jalan Dadali sempat dirakam seorang pemandu kenderaan ketika itu.

Video tersebut tular di media sosial dan operasi pencarian mendapat kerjasama pasukan polis di Jakarta.

Ketua Badan Tindakan Bencana Daerah (BPBD) Kota Bogor, Theofilo Patrocinio Freitas berkata, Adzra merupakan mangsa terakhir yang berjaya ditemui daripada 6 korban yang hilang akibat bencana banjir di Kota Bogor.

“Keadaan tubuh mangsa masih sempurna lengkap berpakaian, hanya beberapa bahagian agak bengkak kerana terlalu lama terendam air.

Mayat ditemukan sangat jauh mungkin kerana sudah lima hari dihanyut air. Operasi dihentikan kerana semua mangsa yang kami cari sudah ditemukan,” jelasnya.

Keluarga Adzra mengakui amat sedih dengan kejadian yang menimpa namun bersyukur serta berterima kasih kepada pihak polis yang bertungkus lumus mencari mayat mangsa.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pihak berkuasa yang membantu mencari jenazah adik saya walaupun sudah lebih lima hari hilang,” kata abangnya, Ibnu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya