Majikan diarah benarkan petugas kerja dari rumah selama tiga hari

Majikan diarah benarkan petugas kerja dari rumah selama tiga hari

PENUNGGANG motosikal meredah banjir di jalan Tri Petch selepas dinaiki air di Bangkok. -BANGKOKPOST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan semua majikan membenarkan petugas bekerja dari rumah bermula semalam sehingga 7 Oktober ini. 

Arahan bekerja dari rumah selama tiga hari itu, susulan pihak kerajaan bersiap siaga menghadapi ancaman hujan lebat tanpa henti.

“Penduduk bandar perlu bersiap sedia menghadapi hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan serta berisiko menyebabkan banjir. 

“Hujan lebat dijangka sejak semalam sehingga esok. Sebab itu, kami minta kerjasama dari semua syarikat agar membenarkan petugas mereka bekerja dari rumah atau pulang lebih awal bagi mengurangkan kesesakan pengangkutan awam,” katanya lapor Thaiger. 

Beberapa hari lalu, hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan jalan Chaeng Wattana sehingga menyebabkan kesesakan trafik . 

Ketika musibah melanda, paramedik dilihat terpaksa meninggalkan ambulans mereka dan menolak pesakit dengan pengusung ke hospital sambil meredah banjir. 

Langkah bekerja dari rumah dapat mengurangkan kesesakan trafik serta meningkatkan akses ke hospital. 

Anggota tentera juga dikerahkan membantu penduduk yang terperangkap dalam banjir. 

Sebanyak dua juta beg guni pasir diletakkan di lokasi berisiko banjir di seluruh Bangkok.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya