Lori bawa sisa kumbahan ‘ditelan' lubang mendapan

Lori bawa sisa kumbahan ‘ditelan’ lubang mendapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah lori yang membawa bertan-tan sisa kumbahan ‘ditelan’ lubang mendapan yang terbentuk di jalan berhampiran sebuah sekolah rendah di selatan England.

Lapor Daily Mail, lori tangki membawa ribuan gelen sisa kumbahan itu, terbalik selepas rodanya termasuk ke dalam lubang sebesar 6.09 meter di jalan di Wokingham, Berkshire.

Anggota bomba dan polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu.

“Jalan itu ditutup dan mereka kini cuba memikirkan cara untuk mengeluarkan lori besar daripada lubang mendapan tersebut,” jelas laporan itu.

Insiden itu berlaku ketika pekerja syarikat perkhidmatan air, Thames Water sedang membaiki pembetung yang tersumbat.

Syarikat perkhidmatan air itu menghantar lori tangki untuk membantu mengeluarkan air sisa yang terkumpul dan menyekat paip.

Dilaporkan, kejadian itu berlaku pada waktu petang dan tiada pelajar sekolah tercedera dalam insiden tersebut.

Beberapa pekerja mendakwa kren besar mungkin diperlukan untuk mengeluarkan lori tangki daripada lubang mendapan itu.

Malah, mereka menjangkakan kenderaan itu akan tersangkut di jalan berkenaan untuk tempoh yang lama.

Penduduk bimbang beberapa kawasan di sekitar Evendons Lane mungkin runtuh akibat berat kren ketika ia cuba mengangkat lori tangki itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya