Lelaki 'makan hati' saksi kereta mewah harga AS$1 juta dihanyutkan banjir

Lelaki ‘makan hati’ saksi kereta mewah harga AS$1 juta dihanyutkan banjir

MCLAREN P1 tenggelam dalam banjir akibat Taufan Ian melanda Florida.-INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang pemilik kereta mewah, McLaren P1 dirundung kesedihan selepas aset bernilai lebih AS$ sejuta (RM4 juta) itu tenggelam dalam banjir akibat Taufan Ian di Florida.

Lapor Daily Mail, Ernie, berkongsikan gambar kereta mewah berwarna kuning yang baru dibelinya dihanyutkan air hujan dari garaj rumahnya.

Kereta itu kemudian hanyut melalui kawasan jalan di Naples yang menempatkan deretan rumah agam.

Kawasan jalan itu bertukar menjadi seperti ‘sungai’ dalam sekelip mata selepas dilanda Taufan Ian yang menyebabkan 2.5 juta penduduk terputus bekalan elektrik.

Sebelum ini, lelaki itu kerap memuat naik gambar Mclaren P1 dalam akaun Instagram miliknya.

Selain McLaren P1, dia juga mempunyai kereta Rolls Royce dan kedua-dua kenderaan itu ditenggelamkan air banjir.

Perkongsian itu dihujani komen sokongan daripada pengikutnya dalam media sosial.

Rata-rata memberi nasihat kereta boleh sentiasa ditukar ganti dan berharap semuanya berada dalam keadaan selamat.

“Jaga keselamatan dan paling penting anda serta keluarga sentiasa selamat.

“Usah risau kerana kereta boleh ditukar ganti,” kata netizen.

Sebelum ribut taufan itu melanda kawasan perumahannya, Ernie sempat memuat naik gambar kereta itu dengan keterangan ‘kereta bekalan taufan saya #p1’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya