Lebih 1,300 `samseng' bola sepak disekat hadiri Piala Dunia Qatar  - Utusan Malaysia

Lebih 1,300 `samseng’ bola sepak disekat hadiri Piala Dunia Qatar 

STADIUM Lusail akan jadi tuan rumah kepada 10 perlawanan termasuk perlawanan akhir. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pihak berkuasa Qatar akan menguatkuasakan peraturan khas bagi menyekat lebih 1,300 `samseng’ bola sepak daripada menghadiri perlawanan Piala Dunia 2022, bermula minggu ini.

Bermula Jumaat ini, seramai 1,308 penyokong yang bertindak ganas dan menghasut di England serta Wales tertakluk kepada perintah larangan bola sepak.

Lapor Daily Mail, perintah itu antara lain mewajibkan penyokong berkenaan menyerahkan pasport mereka kepada polis.  

“Mana-mana individu gagal berbuat demikian, mereka akan berdepan hukuman penjara selama enam bulan dan dikenakan denda,” jelas laporan itu.

Menurut laporan itu, individu yang mahu mengunjungi negara-negara yang tidak mengadakan perlawanan bola sepak pula memerlukan kebenaran untuk menyimpan pasport mereka.

Malah, jelas laporan itu, mereka juga perlu menjalani beberapa pemeriksaan.

“Polis juga boleh melarang individu yang pernah melakukan kesalahan demikian sebelum ini, daripada menghadiri perlawanan.

“Dalam operasi di pelabuhan, sesiapa ditahan cuba pergi ke Qatar akan dipintas dan berdepan perbicaraan mahkamah perintah larangan dalam tempoh 24 jam,” jelas laporan itu.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya