Lebih 1,000 penduduk cedera gempa bumi Iran

Lebih 1,000 penduduk cedera gempa bumi Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Gempa bumi berukuran 5.4 skala Richter yang melanda wilayah Azerbaijan Barat di Iran menyebabkan lebih 1,100 orang cedera.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mojtaba Khaledi berkata, gempa bumi itu menggegarkan bandar Khoy yang terletak 807 kilometer barat laut ibu negara Teheran.

Menurut Pusat Seismologi Iran di Universiti Teheran, gempa berlaku pada pukul 3.51 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia), pada Rabu dengan kedalaman 10 kilometer diikuti lebih 30 gegaran susulan sederhana.

Mojtaba berkata, kebanyakan mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital tempatan di wilayah itu.

Iran terletak di zon aktif secara seismik dan mengalami banyak bencana gempa bumi dalam beberapa tahun lalu.

Gempa bumi 6.7 skala Richter yang disifatkan paling dahsyat pernah melanda negara itu pada 2013 menyaksikan sekurang-kurangnya 34,000 orang maut di bandar Bam di wilayah Kerman.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas gempa bumi 5.6 skala Richter melanda wilayah sama, namun, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan besar dilaporkan ketika itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN