Kapal selam nuklear pertama Kesatuan Soviet diletakkan di muzium

Kapal selam nuklear pertama Kesatuan Soviet diletakkan di muzium

KAPAL selam berusia 65 tahun milik tentera Kesatuan Soviet diangkut melalui jalan raya sebelum dibawa ke muzium di St Petersburg. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PETERSBURG: Sebuah kapal selam nuklear seberat 3,000 tan dari zaman kegemilangan Kesatuan Soviet dibawa ‘berarak’ ke sekitar jalan-jalan utama di bandar Russia.

Kapal selam gergasi model K-3 Leninsky Komsomol yang dibina pada 1957 itu merupakan kapal selam nuklear pertama negara komunis berkenaan.

Kapal sepanjang 107 meter yang digelar ‘The Whale’ atau paus itu diangkut melalui jalan darat yang sibuk sebelum tiba di muzium di Kronstadt berhampiran St Petersburg.

Pada tahun 1962, kapal itu menjadi kapal selam pertama Kesatuan Soviet yang sampai ke kawasan dasar Kutub Utara, empat tahun selepas USS Nautilus milik tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan misi sama.

Kapten Lev Zhiltsov pernah dianugerahkan gelaran ‘Wira Kesatuan Soviet‘ ketika mengetuai misi berkenaan.

Ketika kemuncak Perang Dingin, kapal selam tersebut pernah ditugaskan untuk mengintip kapal selam peluru berpandu balistik AS.

Pada tahun 1967, berlaku kebakaran dalam sistem hidraulik semasa mengemudi Laut Norway menyebabkan 39 anak kapal terbunuh.

Kapal selam itu telah dibaiki dan digunakan semula selama 30 tahun sehingga 1988 sebelum dipindahkan ke Nerpa pada 2005.

Kapal selam tersebut akan ditempatkan di muzium di Kronstadt dan akan dijadikan bahan pameran sejarah untuk tatapan umum selepas siap diubahsuai tahun depan.

Ketika Russia dan Ukraine dilanda peperangan, kapal selam itu seakan memberi peringatan tentang bahaya ancaman nuklear yang pernah berlaku di abad lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya